Monday, April 4, 2011

Tengkorak Misteri

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.
Tengkorak Kristal yang ditemui pada tahun 1927 ini dipercayai berasal pada zaman Aztec, Maya atau Atlanta.
Ianya adalah dari jenis kristal quartz
Dijumpai oleh ketika sekumpulan ahli kembara nomad yang diketuai oleh F.A Mitchell-Hodges sedang meneroka runtuhan Lubaantun (Kota Batu Runtuh) dalam hutan British-Honduras.
Tanpa diduga setelah tiga tahun menggali di tapak tinggalan purba kaum Maya, Anna, iaitu anak angkat Mitchell-Hodges menjumpai tengkorak kristal di celah celah runtuhan altar dan dinding kota berkenaan. Saiznya sama dengan saiz tengkorak manusia.
Tiga bulan kemudiannya, sebiji lagi batu kristal aneh ditemui 25 kaki dari situ. Kali ini berbentuk rahang pula.
Menurut kajian, masa untuk membuat tengkorak tersebut adalah mengambil masa selama 300 tahun kerana kristal mempunyai tahap kekerasan yang amat tinggi.
Yang misterinya, apakah kepentingan tengkorak tersebut kerana pemiliknya perlu mengambil masa yang begitu lama untuk menghasilkannya.
Satu lagi misteri, apabila rahang kristal yang ditemui amat sepadan dengan tengkorak kristal tersebut. Ianya dapat dibuka dan dikatup seperti mulut manusia.
Selain itu, mereka yang menyimpan tengkorak ini sering dihantui oleh perkara yang aneh seperti bau dan bunyian yang aneh. serta didatangi lembaga yang menyeramkan.
Tengkorak ini juga dikatakan dapat melindungi pemiliknya. Ini kerana, selama 30 tahun Mitchell-Hodges menyimpan. Ia terselamat dari serangan senjata tajam dan lapan das tembakan.
Mitchell-Hodges meninggal dunia pada tahun 1949 ketika usianya 75 tahun. Tengkorak itu diserahkan kepada anak angkatnya, Anna iaitu orang yang menjumpai Tengkorak tersebut. Tengkorak kristal itu dianggarkan bernilai AS$250,000.

No comments:

Post a Comment